Showing posts with label sigma. Show all posts
Showing posts with label sigma. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Sigma 150-500 lembut pada 500mm

Memang dijangka lensa zoom memang kurang tajam berbanding dengan prime. Sahabat saya Nazarudin Basirun telah menguji lensa Sigma 150-500/f6.3 pada jarak dari 12kaki..1/4s, f8, Iso400..pic di'crop' kepada saiz yg sama..

Rumusannya, lebih baik setkan lensa pada 300mm kemudian dicrop, berbanding zoom ke 500mm.

Lebih baik dari lensa ini ialah lensa prime 300mm f/4! Versi Nikon ialah Nikkor 300mm f/4 AFS manakala versi Canon ialah Canon 300 f/4 IS USM. Harga Canon lebih sedikit sahaja tetapi ia ada stabilizer. Pada pemburung yang belum membuat keputusan Canon atau Nikon, carilah body Canon 18 megapixel dan gabungkan dengan lensa ini.

Saturday, June 4, 2011

Lensa Memburung "Mampu Milik" bagi Nikon

Pilihan lensa untuk memburung dengan kos bawah RM5k. Bagi memburung, sebaik-baiknya gunakan lensa 400mm ke tas. Senara lensa ini disusun menurut kualiti imej (IQ) pada setting 400mm. Seboleh-bolehnya, gunakan lensa prime berbanding lensa zoom untuk memburung.

Nikon 300mm IF-ED AF-S


Pilihan terbaik bagi bajet RM5k. Harga baru sekitar RM4.5k, terpakai RM3.8k. Terdapat juga versi badan putih. Boleh menggunakan teleconverter Nikon AF-S atau third party.

Nikon 300mm IF-ED

Pilihan kedua terbaik. Model ini dikeluarkan 1987-2000. Boleh didapati terpakai sekitar RM1.8k..Hanya boleh digunakan dengan teleconverter third party.

Sigma 150-500 OS f/5-6.3

Murah sedikit dari Nikon 300mm AF-S. Mencecah 500mm. Tidak dicadangkan kerana IQ kurang baik.

Nikon 70-300VR f/4-5.6

Terdapat beberapa model zoom 70-300 untuk Nikon, termasuk Nikon 70-300 VR, Nikon 70-300G, Tamron 70-300 dan Sigma 70-300. Model 70-300VR paling berkualiti berbanding yang lainnya. Harga baru sekitar RM2k, terpakai RM1.5k-1.8k.Tidak sesuai digunakan dengan teleconverter. Kebaikan lensa ini ia ringan dan mudah digunakan untuk mengejar burung yang pantas (teknik noobie). Pakar birding biasanya tidak mengejar burung sebaliknya mengumpan dan menunggu burung jadi lensa berat bukan masalah. Ada juga review yang mengatakan Tamron 70-300 VC USD lebih baik. (link)

Zoom Lain

Teleconverter

Teleconverter (TC) memerlukan lensa dengan aperture f/4 ke atas. Lensa 70-300 rata-rata mempunyai aperture f/5.6 pada setting 300mm dan lensa Sigma mempunyai aperture f/6.3 pada setting maximum. Lensa f/4 biasanya boleh digunakan dengan TC 1.4 atau TC 1.7, manakala lensa f/2.8 boleh digunakan sehingga TC 2.0. TC dengan gandaan tinggi (contohnyaTC 2.0 berbanding TC 1.4) mengurangkan cara lebih banyak jadi lensa asas perlulah lebih terang, dan kualiti kaca lebih tinggi. Pada TC 2.0 juga, autofocus tidak berfungsi. Jika dipaksa juga, cahaya kelam pada lensa f/5.6 memaksa motor berputar tidak berhenti mencari fokus dan ini boleh merosakkan motor fokus.

Ada beberapa birders yang saya kenali tidak lagi menggunakan 500mm f/4 dengan TC 1.4 sebaliknya memilih 300mm f/2.8 dengan TC 2.0 kerana secara keseluruhan sistem lebih ringan dan IQ lebih baik.

TC Nikon ori hanya boleh digunakan dengan lensa AF-S. Sebaliknya TC third party contohnya Kenko, Tamro atau Sigma, boleh digunakan dengan sebarang lensa.

Tuesday, February 2, 2010