Nikon 300mm IF-ED AF-S
Pilihan terbaik bagi bajet RM5k. Harga baru sekitar RM4.5k, terpakai RM3.8k. Terdapat juga versi badan putih. Boleh menggunakan teleconverter Nikon AF-S atau third party.
- Review oleh Nasim Masurov
- Review oleh Ken Rockwell
- Review of John Caz, nikonglass.blogspot.com
Nikon 300mm IF-ED
Pilihan kedua terbaik. Model ini dikeluarkan 1987-2000. Boleh didapati terpakai sekitar RM1.8k..Hanya boleh digunakan dengan teleconverter third party.Sigma 150-500 OS f/5-6.3
Murah sedikit dari Nikon 300mm AF-S. Mencecah 500mm. Tidak dicadangkan kerana IQ kurang baik.Nikon 70-300VR f/4-5.6
Terdapat beberapa model zoom 70-300 untuk Nikon, termasuk Nikon 70-300 VR, Nikon 70-300G, Tamron 70-300 dan Sigma 70-300. Model 70-300VR paling berkualiti berbanding yang lainnya. Harga baru sekitar RM2k, terpakai RM1.5k-1.8k.Tidak sesuai digunakan dengan teleconverter. Kebaikan lensa ini ia ringan dan mudah digunakan untuk mengejar burung yang pantas (teknik noobie). Pakar birding biasanya tidak mengejar burung sebaliknya mengumpan dan menunggu burung jadi lensa berat bukan masalah. Ada juga review yang mengatakan Tamron 70-300 VC USD lebih baik. (link)Zoom Lain
Nikon 80-400 f/4.5-5.6VR: Review oleh SLRgear
Sigma 120-400mm f/4.5-5.6 OS: Review
Teleconverter
Teleconverter (TC) memerlukan lensa dengan aperture f/4 ke atas. Lensa 70-300 rata-rata mempunyai aperture f/5.6 pada setting 300mm dan lensa Sigma mempunyai aperture f/6.3 pada setting maximum. Lensa f/4 biasanya boleh digunakan dengan TC 1.4 atau TC 1.7, manakala lensa f/2.8 boleh digunakan sehingga TC 2.0. TC dengan gandaan tinggi (contohnyaTC 2.0 berbanding TC 1.4) mengurangkan cara lebih banyak jadi lensa asas perlulah lebih terang, dan kualiti kaca lebih tinggi. Pada TC 2.0 juga, autofocus tidak berfungsi. Jika dipaksa juga, cahaya kelam pada lensa f/5.6 memaksa motor berputar tidak berhenti mencari fokus dan ini boleh merosakkan motor fokus.Ada beberapa birders yang saya kenali tidak lagi menggunakan 500mm f/4 dengan TC 1.4 sebaliknya memilih 300mm f/2.8 dengan TC 2.0 kerana secara keseluruhan sistem lebih ringan dan IQ lebih baik.
TC Nikon ori hanya boleh digunakan dengan lensa AF-S. Sebaliknya TC third party contohnya Kenko, Tamro atau Sigma, boleh digunakan dengan sebarang lensa.
No comments:
Post a Comment