Kelebihan DSLR ialah keupayaannya disambung pelbagai lensa bergantung kepada apa yang anda ingin difoto. Ini bukan topik yang mudah, dan menggunakan lensa berkualiti tinggi akan mengubah cara anda mengambil gambar.
Apakah Panjan fokus
Kita mulakan dengan dua asas: panjang fokus (focal length) dan saiz sensor. Setiap lensa ditentukan jarak fokal dalam milimeter. Ini adalah jarak antara sensor dan pusat optik lensa semasa lensa difokuskan pada infiniti. Ringkasnya:
Jarak fokal pendek membolehkan anda berdiri hampir dengan subjek supaya subjek memenuhi bingkai dan objek-objek lain di latar belakang kelihatan lebih jauh dari normal. Contoh jarak fokal pendek adalah 15mm, 20mm, 35mm.
Jarak fokal panjang membolehkan anda berdiri jauh dari subjek supaya subjek masih memenuhi bingkai tetapi objek-objek di latar belakang kelihatan lebih hampir dari normal. Contohnya 85mm, 105mm, 300mm.
Jarak fokus dicetak di lensa. Dalam contoh di bawah 18-200mm. Jarak fokus yang kerap digunakan dinyatakan di laras lensa: 18, 24, 35, 50 dan 70.
Sensor
Satu lagi aspek kamera yang berkaitan ialah sensor. Kamera yang mahal mempunyai sensor 'full-frame' (bingkai penuh) bersamaan filem 35mm. Kebanyakan DSLR yang mampu milik dilengkapi sensor yang separuh dari saiz full-frame kerana lebih murah dan mudah dikilang. Saiz sensor perlu diambil kira semada memilih lensa.
Dengan kamera Nikon, sensor 'full-frame' dikenali dengan label FX, manakala sensor kecil dilabelkan DX. Dengan kamera Canon dan kebanyakan yang lain, sensor kecil dilabelkan dengan APS-C.
Contohnya, lensa 50mm 'normal' mempunyai jarak fokus sama dengan masa kita. Tetapi bila disambung ke kamera dengan sensor kecil, ia berubah menjadi 75mm.
Gambari di atas diambir dengan kamera bingkai penuh menggunakan lensa 50mm. Jika kita menggunakan kamera dengan sensor kecil, kita hanya boleh melihat kawasan yang dilingkungi kotak hitam.
Jenis Lensa
Sesetengah lensa sesuai untuk potret, dan yang lainnya sesuai untuk pemandangan. Biasanya, lensa jarak fokus panjang seperti 85mm atau 105mm sesuai untuk potret. Manakala, pemandangan lebih sesuai diambil dengan lensa jarak fokus pendek atau 'wide-angle'.
Lensa biasanya dikumpulkan mengikut kategori:
Wide angle dan ultra wide angle (UWA): 28mm atau kurang, baik untuk dalam bangunakan dan pemandangan
Standard: 35mm ke 85mm, baik untuk guna am dan potret
Telephoto: 100mm ke 300mm, baik untuk sukan, potret dan hidupan liar
Lensa UWA membolehkan anda meletakkan banyak maklumat dalam satu imej. Ianya berguna untuk pemandangan dan dokumentari di mana banyak maklumat latar depan dan latar belakang hendak dimuatkan. Satu perkara yang perlu diingat semasa menggunakan UWA ialah terdapat herotan (distortion) di pinggir gambar, terutama pada setting paling lebar. Pastikan orang berada di tengah bingkai.
Contoh di atas adalah dengan lensa UWA dan f-stop besar (f11). Latar depan dan latar belakang adalah tajam.
Contoh di atas menunjukkan apa yang berlaku bila lensa UWA digunakan untuk mengambil potret. Di sini jarak fokus ialah 16mm, dan herotan amat ketara. Gambar diambil dengan bukaan f2.8 dan latar belakang adalah kabur.
Lensa standard adalah baik untuk potret kerana imej yang terhasil berupa natural tanpa herotan.
Lensa telephoto amat baik bila anda tidak boleh menghampiri subjek seperti di padang bola atau safari. Ia juga baik untuk mengambil gambar kandid yang mana orang yang difoto tidak menyedari mereka sedang difoto. Latar belakang dan latar depan dimampatkan jadi sukar untuk menganggar jarak antara objek, dan gambar kelihatan 2 dimensi.
Lensa makro membolehkan anda berada amat dekat dengan subjek untuk menghasilkan gambar sama saiz dengan objek atau lebih besar. Baik untuk barang kemas, serangga dan bunga (bawah).
Zoom lwn Prime
Lensa zoom mempunyai jarak focus berubah-ubah, yang dipilih dengan memutar laras. Kebanyakan kita telah biasa menggunakan lensa zoom yang mungkin dibekalkan sekali dengan kamera. Lensa zoom amat baik untuk mengubah komposisi imej tanpa menukar lensa dan fleksibiliti ini memudahkan dalam pelbagai situasi. Julat jarak fokusi diberi sebagai panjang minimum dan maksimum, contohnya 18-55mm, 16-85mm atau 70-200mm.
Lensa prime mempunyai satu jarak fokus sahaja. Yang biasa digunakan ialah 50mm (juga dikenali sebagai lensa Normal), 85mm, 35mm dan 300mm. Lensa prime tidak semudah zoom untuk digunakan kerana jarak fokus tidak boleh diubah, tetapi kualiti imej adalah tinggi kerana komponen mekanikal di dalamnya jauh lebih mudah berbanding lensa zoom. Selalunya lensa ini 'pantas', maknanya bukaannya luas, contohnya f2.8, f1.8, f1.4 sehingga f1.2, memang berguna untuk mengambil gambar dalam cahaya suram. Satu lensa prime yang murah ialah 50mm f1.8, dan memang disyorkan untuk bereksperimentasi.
No comments:
Post a Comment