Wednesday, January 26, 2011

Asas DSLR: Sensor Kamera



Kenapa kualiti imej dari kamera poket tak akan selamanya mengatasi kualiti imej filem 35mm? Jawapannya: saiz sensor.

Saiz sensor kamera kompak 1/2.7" ialah 5.3x4.0mm manakala sensor 1/1.8" bersaiz 7.2x5.3mm. Bandingkan ini dengan filem 35mm pada 24x36mm. Saiz 1/1.8" dianggap saiz paling besar untuk kamera yang boleh dimasukkan dalam poket.


Sensor CMOS keluaran Sony.

Disenaraikan saiz sensor bagi kamera-kamera popular.

SensorLebarTinggi
1/2.7"5.37 4.03
1/2.5" 5.76 4.29
1/1.8"7.185.32
1" 12.80 9.60
4/3" 18.00 13.50
APS-C 23.70 15.70
Filem 35mm 36.00 24.00


Kebanyakan kamera kompak menggunakan sensor kurang dari 1". DSLR pula kebanyakannya menggunakan sensor DX atau 4/3". Beberapa kamera pro menggunakan sensor sebesar filem 35mm - digelar kamera full frame.

Dalam dunia elektronik, selalunya lebih kecil lebih baik. Lain halnya dalam saiz sensor. "Size does matter."

Dalam sensor terdapat berjuta-juta pixel. Lebih besar saiz satu pixel dalam sensor, lebih kuat keupayaan mengumpulkan photon. Saiz pixel yang besar menjadikan (1) imej lebih bersih dan (2) boleh mengambil foto dalam keadaan malap.

Kebanyakan kamera kompak hanya boleh mengambil gambar terbaik pada ISO 100. Pada ISO 400, hingar (noise) iaitu bintik-bintik mulai kelihatan. Pada ISO 1600, gambar boleh dikatakan tidak boleh digunakan. Pada DSLR moden, ISO 800 nampak serupa seperti ISO 100. Ada DSLR yang boleh beroperasi pada ISO 25,600 atau 102,400!



Bayer CFA (Color filter array)

Kesemua sensor hari ini kecuali Sigma Foveon menggunakan tatasusunan turas warna Bayer (Bayer CFA). Setiap sensor mengandungi X megapixel.

'

Daripada X megapixel, X/4 ditutup dengan turas merah (R), X/4 ditutup dengan turas biru (B) dan X/2 ditutup dengan turas hijau (G). Pixel yang ditutup dengan turas hijau hanya sensitif kepada warna hijau, dan seterusnya. Kenapa lebih pixel hijau berbanding yang lain? Mata manusia sebenarnya lebih sensitif kepada warna hijau berbanding yang lain.


Setiap satu pixel di imej JPEG mengandungi maklumat ketiga-tiga warna merah, hijau dan biru (RGB) sedangkan satu pixel di sensor hanya sensitif kepada satu warna. Warna-warna ini diadun mengguna teknik "demosaicking" yang mana warna yang tiada pada sesuatu pixel dijana dengan mengambil purata dari pixel-pixel bersebelahan.

No comments:

Post a Comment