Rekabentuk DSLR membenarkan satu kamera menampung pelbagai panjang fokus, dan inilah sebab utama SLR popular dalam fotografi serius. Kenapa? Dengan kamera bukan SLR, sudut pandangan lensa yang mengambil foto mesti dipadankan dengan lensa yang digunakan untuk memenang. Ini perkara mudah untuk lensa tetap atau zoom pendek, tetapi sistem pemadanan menjadi kompleks dan mahal apabila kamera menggunakan zoom panjang. Dengan SLR, masalah ini tidak berlaku kerana lensa pengambil dan lensa penenang adalah lensa yang sama. Dari sinilah datangnya istilah "single lens".
Kebanyakan DSLR kini mempunyai mode Live View, yang membolehkan jurufoto menggunakan LCD untuk komposisi foto sama dengan "kamera tunjuk dan petik" (point-and-shoot camera). Kaedah paling mudah ialah mengunci cermin ke atas, dan prisma mengalihkan imej ke suatu sensor kecil yang boleh dipantau dari LCD, bukan ke sensor penangkap. Ini sebenarnya melambatkan prestasi.
Jenis-jenis DSLR
DSLR sejati. Yang dikatakan DSLR mesti mempunyai cermin dan prism. Mempunyai optical viewfinder yang memberikan imej serupa yang dilihat oleh sensor. Contoh: kebanyakan DSLR dari Nikon, Canon, Pentax, Sony dan Olympus.
EVIL (= setan?) dari perkataan Electronic Viewfinder Interchangeable Lens. Tiada pentaprisma dan tiada cermin (maka tiada optical viewfinder sebaliknya hanya ada LCD di belakang dan sekali-sekala ada electronic viewfinder) tetapi lensa boleh diganti. Contoh: kamera Micro Four-Thirds seperti Olympus E-P1 dan Lumix G1, Sony siri NEX dan Samsung siri NX. Kelebihan: lebih kecil dan ringan berbanding DSLR. Kekurangan: sukar digunakan semasa cahaya kelam.
Superzoom. Kamera biasa yang menggunakan electronic viewfinder (EVF) menggantikan pentaprisma. Bukan DSLR tulen kerana tiada cermin. Zoom range yang amat tinggi. Contoh: Panasonic Lumix FZ100 (24x = 35mm - 600mm) dan Canon SX30 (35x = 24mm - 840mm!). Kelebihan: lebih kecil dan ringan berbanding EVIL. Kekurangan: sensor kecil menghasilkan gambar yang kurang berkualiti kecuali semasa panas terik.
DSLR dengan lensa tetap. Mempunyai cermin dan prism seperti DSLR sejati tetapi lensa tidak boleh diganti. Jarang dijumpai. Contoh: Olympus E-20N.
Camera dslr , kalau kita mengunakannya , apa autometic gambar akan menjadi cantik,( maksud saya mcm di edit ) terima kasih
ReplyDelete