- Biasanya format yang khusus untuk sesuatu jenis kamera (kecuali Adobe DNG, yang tidak popular)
- Memerlukan perisian khusus untuk membacanya
- Sekurang2nya 8 bit setiap warna - merah, hijau dan biru (24 bit setiap pixel). Kebanyakan DSLR merakamkan 12 atau 14 bit (36 atau 42 bit setiap pixel)
- Tidak dimampatkan (kamera 8 megapixel menghasilkan fail RAW 8 MB)
- Data lengkap dari sensor kamera
- Julat dinamik (dynamic range) lebih tinggi - boleh memaparkan highlight (bahagian terang) atau shadow (bahagian gelap)
- Kurang konstras
- Tidak tajam
- Tidak sesuai untuk dicetak terus dari kamera
- Baca-sahaja (semua perubahan disimpan di fail XMP sidecar atau JPEG atau format lain)
- Kadangkala boleh diterima di mahkamah (berbanding format yang boleh diubah)
- Menunggu untuk diproses oleh komputer
Sebaliknya fail JPEG adalah:
- Format standard yang boleh dibaca oleh sebarang program imej
- Dimampatkan -- dengan membuang komponen2 imej yang tidak kelihatan oleh mata manusia
- Kecil (kamera 8 megapixel menghasilkan fail 1 ke 3 MB)
- Kurang julat dinamik
- Lebih kontras
- Lebih tajam
- Boleh terus dicetak atau dikongsi di Web
- Selalunya tidak perlu diubahsuai
- Boleh diubahsuai tetapi setiap langkah menghilangkan data -- walaupun hanya untuk memutarkannya
- Diproses oleh kamera
Jika tidak banyak ruang yang tinggal dalam kamera, menggunakan JPEG membolehkan anda mengambil 3 atau 4 kali lebih banyak gambar. JPEG juga elok jika ingin terus berkongsi fail imej yang keluar dari kamera.
Jika kapasiti bukan masalah, gunakan RAW + JPEG untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Gunakan RAW untuk kualiti maksimum.
Ada profesional yang tidak menggunakan RAW kerana (1) tidak tahu memprosesnya (2) tidak mahu membuang masa memprosesnya kemudian.
JPEG menggunakan Digital Image Processing untuk memampatkan fail. Formula utama yang digunakan ialah Discrete Cosine Transform (DCT).
No comments:
Post a Comment