Saturday, April 17, 2010
Bunga tapak dara
Gambar ini diambil di suatu surau antara Muar dengan Parit Jawa selepas hujan. Di kampung bunga ni ada banyak tapi di JB susah nak besar. Mungkin tak sesuai dengan tanah liat. Bunga tapak dara nama Inggerisnya rose periwinkle. Daunnya boleh dibuat ubat kanser hati.
Telah diletak di photo.net (http://photo.net/nikon-camera-forum/00WEUL).
Friday, April 16, 2010
F1 Friday Practice Sepang
2 April 2010, kebetulan dalam perjalanan dari KL nak balik JB. Singgah Sepang circuit. First time sampai tempat tu. Dekat dengan taman perumahan @enstek. (Seminggu lepas tu baru aku tahu tempat tu untuk orang kaya-kaya, dan ada kenalan lama di situ. Tapi aku tak layak jejak tempat tu, takpelah itu rezeki depa.) Apa-apa pun aku rasa pada hari race, penghuni taman mesti terkurung sebab tempat tu jem, dan terpaksa menahan bising kereta.
Anyway, untuk Friday Practice, parkir & masuk percuma. Sepatutnya kena pakai earplug ;(, rasa macam pekak sampai tengah malam baru clear.
Ada 2 session: 1000 dan 1430. Punyalah ramai fotografer.
Antara gambar-gambar yang sempat diletak di sini. Ada baaanyak lagi tapi berapa frame ni je yang elok.
Virgin Racing. Kereta tak bagus sangat, tapi kaler terang (dayglo orange, kalau tak salah), kalah hanya dengan Ferrari (merah Marlboro).
Ni baru Ferrari. Rupanya barcode tu perkataan Marlboro. Disorokkan supaya orang tak perasan penajaan syarikat rokok.
Lotus Racing. Boleh tahan untuk tim baru. Tapi hari race di Sepang, kalah dengan Virgin.
Red Bull. Paling laju tapi reliability problem. Masa sesi petang, 1 kereta langsung tak gerak. Hari race, ok pulak.
Toro Rosso. Adik Red Bull. Silap haribulan Lotus boleh kalahkan tahun ni.
McLaren. Pemanduan lancar di selekoh pertama. Patutlah Lewis paling laju hari Jumaat. Kereta lain semua jerking
masa tukar giar. Tapi masa qualification, McLaren silap strategi, kenalah Lewis start dari belakang.
Tim Petronas = Tim Brawn tahun lepas. Tapi tahun ni tak laju pulak.
AT&T Williams dan Sauber. Tak terror, tak curut. Orang mudah lupa tim macam ni.
Gambar-gambar ni dah dipost ke forum.fotomedia.com.my. Kesimpulannya: Kena berlatih lagi teknik panning. Tahun depan kena ke @enstek, eh ke Sepang lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)