Anyway, untuk Friday Practice, parkir & masuk percuma. Sepatutnya kena pakai earplug ;(, rasa macam pekak sampai tengah malam baru clear.
Ada 2 session: 1000 dan 1430. Punyalah ramai fotografer.
Antara gambar-gambar yang sempat diletak di sini. Ada baaanyak lagi tapi berapa frame ni je yang elok.

Virgin Racing. Kereta tak bagus sangat, tapi kaler terang (dayglo orange, kalau tak salah), kalah hanya dengan Ferrari (merah Marlboro).

Ni baru Ferrari. Rupanya barcode tu perkataan Marlboro. Disorokkan supaya orang tak perasan penajaan syarikat rokok.

Lotus Racing. Boleh tahan untuk tim baru. Tapi hari race di Sepang, kalah dengan Virgin.

Red Bull. Paling laju tapi reliability problem. Masa sesi petang, 1 kereta langsung tak gerak. Hari race, ok pulak.

Toro Rosso. Adik Red Bull. Silap haribulan Lotus boleh kalahkan tahun ni.

McLaren. Pemanduan lancar di selekoh pertama. Patutlah Lewis paling laju hari Jumaat. Kereta lain semua jerking
masa tukar giar. Tapi masa qualification, McLaren silap strategi, kenalah Lewis start dari belakang.

Tim Petronas = Tim Brawn tahun lepas. Tapi tahun ni tak laju pulak.

AT&T Williams dan Sauber. Tak terror, tak curut. Orang mudah lupa tim macam ni.
Gambar-gambar ni dah dipost ke forum.fotomedia.com.my. Kesimpulannya: Kena berlatih lagi teknik panning. Tahun depan kena ke @enstek, eh ke Sepang lagi.
No comments:
Post a Comment