Wednesday, November 16, 2011

Sigma 150-500 lembut pada 500mm

Memang dijangka lensa zoom memang kurang tajam berbanding dengan prime. Sahabat saya Nazarudin Basirun telah menguji lensa Sigma 150-500/f6.3 pada jarak dari 12kaki..1/4s, f8, Iso400..pic di'crop' kepada saiz yg sama..

Rumusannya, lebih baik setkan lensa pada 300mm kemudian dicrop, berbanding zoom ke 500mm.

Lebih baik dari lensa ini ialah lensa prime 300mm f/4! Versi Nikon ialah Nikkor 300mm f/4 AFS manakala versi Canon ialah Canon 300 f/4 IS USM. Harga Canon lebih sedikit sahaja tetapi ia ada stabilizer. Pada pemburung yang belum membuat keputusan Canon atau Nikon, carilah body Canon 18 megapixel dan gabungkan dengan lensa ini.

No comments:

Post a Comment