Friday, December 18, 2009

Adventures in Night Photography Siri 1: Aktiviti Semasa Blackout

Gambar semasa blackout 31 Mac 2009. Semua gambar menggunakan tripod, kamera D90 dan lensa 50mm f/1.8. Gambar pertama menggunakan aperture paling besar untuk maksimumkan cahaya masuk. Walaupun pada tempoh 1 saat, masih tidak nampak apa yang ditembak.


Aperture f/1.8 Shutter 1 saat.

Gambar di bawah diambil pada kedudukan sama. Gambar di bawah terang sebab shutter dibuka 30 kali lebih lama. Tapi bukan 30 kali lebih banyak cahaya sebab aperture f/4 lebih kecil dari f/1.8. Pada lensa f/4 terletak 2.5 f-stop di bawah f/1.8, jadi cahaya yang masuk pada f/4 hanya kira-kira 1/6 cahaya pada f/1.8.

Boleh nampak Mat Rempit tak? Bukan yang naik motor yang bergaris merah, tapi yang bersidai kat tepi jalan...


Aperture f/4, shutter 30 saat. 

Pandangan bertentangan dari gambar di atas. Tempoh sama 30 saat, tetapi dua kali lebih cahaya sebab menggunakan aperture f/2.8.



Aperture f/2.8, shutter 30 saat. 

Pandangan ke langit pulak. Boleh nampak bintang dan pesawat bergerak.






Aperture f/2.8, shutter 30 saat. 

100% crop pada bulatan kiri atas. Bumi berputar, bintang statik, jadi boleh nampak sejauh mana bintang bergerak dalam 30 saat.



100% crop pada bulatan kanan bawah. Boleh nampak pesawat bergerak dari kanan ke diri, dan kelipan lampu pesawat. Garis bengkang bengkok di awal dedahan: kamera bergoyang sebab tidak menggunakan self-timer atau remote release.



No comments:

Post a Comment