Kenapa Nikon vs Canon? Kenapa tidak Nikon vs Sony? atau Canon vs Olympus?
Ternyata dua gergasi ini jauh meninggalkan jenama lain dalam dunia DSLR. Mula-mula kita lihat dulu kena Nikon|Canon (Nikon atau Canon) bukan jenama lain.
Selepas membeli kamera DSLR, anda akan kepingin membeli
- flash
- tripod
- beg
- filter
- lensa telephoto
- lensa ultra-wide angle (UWA)
- lensa makro
- lain-lain aksesori
Itu setakat meminjam. Bagaimana pula jika ingin membeli sendiri? Di kedai2 foto, kebanyakan aksesori yang dijual adalah Canon diikuti Nikon. Di sesetengah kedai memang aksesori Nikon agak kurang berbanding Canon, tetapi ini masih ok. Cuba beritahu kedai yang menjual flash Sony? Pentax? Olympus? Hmmm....
DSLR is all about accessories. Jika anda membeli DSLR setakat mengharapkan kit lens saja, baiklah beli superzoom seperti Nikon P90, Lumix FZ38 atau Canon SX1. Zoom dia lagi power. Nikon P90 boleh mencapai effective focal length (EFL) melebihi 600mm. Kalau kita beli kit lens dan satu tele zoom yang mencapai 200mm, ia baru bersamaan EFL 200mm x 1.5 = 300mm.
Bagaimana pula membeli aksesori second hand? Lihat saja di FTZ, mudah.my atau ruangan jual/beli di photomalaysia.com. Secara kasar 90% aksesori yang dijualbeli adalah Nikon|Canon. Selebihnya barangan guna am seperti tripod atau filter. Saya ada terlihat seorang pemilik lensa Sony yang dah berbulan2 tak dapat menjualnya. Jika kita pula ingin menjual aksesori Nikon|Canon, selalunya ada pengguna yang sanggup membeli. Kesimpulannya, pelaburan Nikon|Canon berbaloi terutamanya bagi lensa yang tidak jatuh harga sangat. Dalam keadaan sesak, lensa Nikon|Canon boleh dijual pada harga yang agak tinggi, sedangkan jenama lain mungkin sukar mendapatkan pembeli walaupun setelah dikurangkan harga.
OK lah itu pasal Nikon|Canon vs brand lain. Bagaimana pulak Nikon vs Canon?
Bagi pengguna baru, tak kisah sangat Nikon atau Canon. Kriteria pemilihan bagi pengguna baru ialah:
- Pilih brand yang ramai kawan pakai supaya senang pinjam aksesori
- Pegang kamera di kedai, "gomol" sikit dan "rasa" mana yang lebih sedap. Bila meronda dengan DSLR pada jangka masa yang agak lama, kita perlu kamera yang "sedap" dipakai. Saya dah cuba Canon 450D, tapi tak suka sebab handgripnya kecik sangat. Pegang2 Nikon D90 sedap pulak, so itulah yang saya beli. Model lain berat pulak, dan duit pun ada banyak tu je so settlelah masalah.
- Untuk fotografi sukan dan burung, perlukan badan dan lensa yang pantas. Selalunya Canon dah cukup. Lensa telephoto 400mm ke atas berjenama Nikon mahal sangat. Lensa burung paling murah ialah Canon 400 f/5.6. Nikon langsung tak buat lensa ni.
- Untuk fotografi sukan dalam hujan, tidak lain tidak bukan pilihannya Nikon D3 atau D3S.
- Untuk off-camera flash atau strobist secara murah, pilihlah Nikon. Model D90 dah boleh buat remote flash, tak payah beli apa2 aksesori tambahan selain flash SB600, SB800 atau SB900.
- Untuk fotografi landscape, selalunya orang akan pilih 5D Mk II. Kamera ni agak lembab berbanding harganya tapi gambarnya tip-top.
Canon mudah dikenali dengan lensa putih di gelanggang sukan. Hitam = Nikon, biasanya.
No comments:
Post a Comment